Kami kerap melawat kuala lumpur untuk menghadiri conferences and workshop. Bawak Baby Bing sekali untuk jalan-jalan.
Sebelum ini, kami pernah bermalam di Double Tree By Hilton (konsep hotel di atas kompleks membeli belah) dan juga Hilton Hotel Kuala Lumpur. Pengalaman agak memuaskan.
Hilton PJ besar and mempunyai east dan west wings. Staff hotel mesra dan fasih dalam bahasa ingerris, melayu dan cina. Sempena SEA games, Hilton Hotel sangat sibuk.
Bilik kami cukup luas untuk Baby Bing kejar bolanya di dalam. King bed lembut dan memastikan kualiti tidur yang baik. Tapi, bilik agak bising disebabkan berdekatan dengan projek pembinaan dan sistem hawa dingin.
Bilik air pulak jenis open design dengan dinding kaca yang berlangsir.
Baby Bing suka sangat nak main peek a boo dengan mak ayah haha.
Kolam renangnya tempat yang paling disukai baby Bing. Namun sini tiada kolam renang baby.
Sarapan jenis buffet. Sedap roti, keju, salad dan kek. Tapi, sarapan ala Malaysia sederhana saja. Staff peka untuk memastikan pengalaman menyantap yang bagus dan aman walaupun guest ramai.
Untuk parkir, guest dikenakan bayaran RM5 untuk sehari. Wifi pulak bukan percuma berbanding dengan kebanyakan hotel lima bintang. Agak mengecewakan.
Secara umum, kami rasa Hilton PJ patut diberi markah 6.5/10
No comments:
Post a Comment